Anak Syurga, Anak Permata

Nur Amani nama yang diberi, kamu dilahirkan dengan beribu ujian, kamu lahir tanpa mengenal hakikat kehidupan, akan tetapi kamu sangat beruntung kerana ramai disekeliling kamu sangat menyanyangi mu walau apa-apa pun kekurangan yang kamu ada, mereka tetap mencurahkan kasih sayang, berkongsi kegembiraan mereka bersama kamu kerana kamulah anak-anak syurga, amani, you are a diamond in our life, amani, kamu itu amanah tuhan yang perlu sentisa dijaga dan disayangi. Inilah tiket mama dan babah untuk ke syurga, pimpimlah tangan mereka masuk ke syurga because they deserve it, membesarkan kamu dan juga anak-anaknya yang lain dengan penuh kesabaran dan pengorbanan.

Sungguh dulu tak pernah terlintas dalam fikiran, tak pernah sekali ambil peduli bagaimana lah kehidupan mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai kekurangan istimewa sama ada dari fizikalnya atau mentalnya. Namun, bila hadirnya seorang insan bernama amani ni ahh baru ku tahu begini perasaannya. As a sister myself mungkin waktu mula-mula tahu tu tak rasa apa-apa. Maybe at that time I was used to kids like this, kenal lah a few of my parent's friend yang ada anak istimewa ni tapi ya takdir tuhan she came into our family as well.

Amani was born as a premature baby dengan pelbagai dugaan dari jantung berlubang (ada 2 lubang kecil dijantung but alhamdulillah after that her jantung closed by itself), saluran dari jantung ke paru-paru yang agak sempit, usus tak sambung ke dubur and dubur tiada lubang so she had to wear stoma bag and amani ni adalah anak down syndrom dengan 47++ kromosom, trisomi 21 bukan translocation ataupun mosaic which means amani ni lahir bukan dari faktor keturunan tapi ia terjadi dengan sendirinya dengan izin Allah swt. 

happy-go-lucky <3
Dulu waktu amani lahir, Ya Allah hospital PPUM tu bagaikan kampung dah untuk kitorang sekeluarga, bila tanya nanti raya mana? ahh kat hospital je. We had nowhere to go dengan keadaan amani yang begitu. But of course even raya-raya kat spital je we were very happy. Ingat lagi waktu bulan puasa, iftar dekat dalam hospital, babah beli nasi briyani JM nyum nyum, even kitorang pun pernah celebrate birthday sape tah waktu tu tak ingat, Abid ke Iyad (cause dua-dua dapat hadiah), I even pernah ponteng sekolah sebab nak jaga Amani dalam ward because my mom had to go to work and disebabkan katil satu je dalam bilik tu (like bilik khas?) so terpaksa lah bentang tilam tidur atas lantai, and pernah sekali tu jaga Amani, she had to puasa sebab nak check something tak ingat but I fed her some bubur kacang and kena marah dengan nurse hahahaha, dahh masa tu mana tahu Amani kena puasa (takde sape bagitahu, my mom pun lupa nak habaq). and also pernah sekali tu ada exchange gift untuk usrah kat sekolah, so I was wrapping gifts at that time while jaga Amani, and sebab bosan duduk kat spital, my father bought me a canvas to do painting. haih banyak pule kenangan dekat hospital ni :) never gonna experience all these if it wasn't for Amani. My mom pernah cakap kami beradik waktu kecik memang tak pernah masuk hospital kena warded teruk, semua alhamdulillah sihat aje tapi sampai kat amani haaa gedebuk berjel-jela ujian, but itulah yang menguatkan kami sekeluarga.

banyak je lagi cerita ni tapi tapi sudah penat dah taip...


4th December 2011- Happy Birthday anak syurga

Comments

Popular posts from this blog

One and a half

Hi Hello

result lahaii