What A Busy Day!

I am going to write in Bahasa Melayu since I'm practicing writing for the purpose sharpening my writing skill in Bahasa.
                                 ...................................................................................................

Hari ini saya dan keluarga bersama-sama pergi membeli-belah di Tesco Bukit Tinggi Klang. Kami sekeluarga membeli barang-barang keperluan dapur seperti susu, beras, milo, buah-buahan dan lain-lain lagi. Saya juga membeli sebuah hadiah kecil untuk kawan sekelas sempena hari lahirnya.
Selepas membeli barang-barang yang perlu kami pergi makan tengah hari di Ramly Burger Cafe. Burger di situ amat sedap jika dibandingkan dengan Mcdonald. Bapa saya memberitahu harganya juga murah. Kami pasti akan ke situ lagi...

Inilah burger yang kami makan... Yummeh!!!
Pada pukul 3:00 petang kami sampai ke rumah dan berehat sekejap. Lebih kurang pukul 5:00 kami bertolak pergi ke kedai pokok bunga(nurseri) di Sungai Buluh. Bermacam-macam jenis pokok bunga, herba dan pokok buah-buahan ada dijual disitu. Ada yang berwarna merah, kuning, ungu dan macam-macam lagi.
Saya dan adik kecil saya!

Ibu saya membeli pokok herba iaitu teragon, daun sup, sweet basil. Daun teragon berbau seperti air sarsi dan digunakan sebagai herba didalam masakan pasta. Saya akan upload gambar-gambar pokok ini  nanti ya!.... Ibu saya juga membelikan saya dan adik-adik pokok kaktus yang cantik. Lihatlah gambar di bawah. Cantik, kan?
Saya punya yang berwarna merah..

Pemandangan sekitar nurseri-nurseri di Sungai Buluh amat cantik. Ibu akan kesana lagi nanti.
Mari nikmati bunga dahlia yang berlainan warna..






Semasa dalam perjalanan pulang saya dapat menikmati pemandangan awan dan matahari yang hampir terbenam yang amat cantik. Ini lah pemandangannya.


Namun begitu terdapat kepulan asap hitam di sebelah kiri lebuh raya. Saya tidak nampak dari mana punca asap tersebut. Bapa saya berkata kemungkinan asap itu datang dari kilang, namun saya berpendapat asap itu berpunca dari kebakaran kerana ia bersebelahan dengan apartment. Tidak mungkin kilang terletak sebelah apartment. Betul tak?
Kebakaran atau asap kilang?


Kami sampai di rumah selepas Maghrib. Fuh, sungguh penuh aktiviti hari ini. Saya agak penat, namun hati saya gembira.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

result lahaii

Hi Hello

One and a half