Anak Syurga, Anak Permata
Nur Amani nama yang diberi, kamu dilahirkan dengan beribu ujian, kamu lahir tanpa mengenal hakikat kehidupan, akan tetapi kamu sangat beruntung kerana ramai disekeliling kamu sangat menyanyangi mu walau apa-apa pun kekurangan yang kamu ada, mereka tetap mencurahkan kasih sayang, berkongsi kegembiraan mereka bersama kamu kerana kamulah anak-anak syurga, amani, you are a diamond in our life, amani, kamu itu amanah tuhan yang perlu sentisa dijaga dan disayangi. Inilah tiket mama dan babah untuk ke syurga, pimpimlah tangan mereka masuk ke syurga because they deserve it, membesarkan kamu dan juga anak-anaknya yang lain dengan penuh kesabaran dan pengorbanan.
Sungguh dulu tak pernah terlintas dalam fikiran, tak pernah sekali ambil peduli bagaimana lah kehidupan mereka yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai kekurangan istimewa sama ada dari fizikalnya atau mentalnya. Namun, bila hadirnya seorang insan bernama amani ni ahh baru ku tahu begini perasaannya. As a sister myself mungkin waktu mula-mula tahu tu tak rasa apa-apa. Maybe at that time I was used to kids like this, kenal lah a few of my parent's friend yang ada anak istimewa ni tapi ya takdir tuhan she came into our family as well.
Amani was born as a premature baby dengan pelbagai dugaan dari jantung berlubang (ada 2 lubang kecil dijantung but alhamdulillah after that her jantung closed by itself), saluran dari jantung ke paru-paru yang agak sempit, usus tak sambung ke dubur and dubur tiada lubang so she had to wear stoma bag and amani ni adalah anak down syndrom dengan 47++ kromosom, trisomi 21 bukan translocation ataupun mosaic which means amani ni lahir bukan dari faktor keturunan tapi ia terjadi dengan sendirinya dengan izin Allah swt.
happy-go-lucky <3 |
banyak je lagi cerita ni tapi tapi sudah penat dah taip...
4th December 2011- Happy Birthday anak syurga
Comments
Post a Comment